DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN ..pt3 InsyaAllah


                                                السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)


(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: 

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

2DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya

"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"

3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: 

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".

4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 

(Dibaca sebelum tidur setiap harisehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya

"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".

5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.

Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.


Walaqad karramna banee adamawahamalnahum fee albarri walbahriwarazaqnahum mina attayyibati wafaddalnahumAAala katheerin mimman khalaqna tafdeela

Maksudnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."



Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.

PERSEDIAAN MENTAL

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.

2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.

3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.

5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN 

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.

2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.

3.Lihat semua soalan.

4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).

5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.

6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.

Wasallam.

Soalan Percubaan PT3 2014 ... insyaAllah








pt3 tak lama lagi goodluck semua okey , post kali niee hope dapat membantu korg ...

Muat turun dengan klik pautan di bawah.
Click the link below to download the file. 

NEWTrial Papers updated on 30/09/2014

Bahasa Melayu
[02] Percubaan Kedah [Q] [A]
[02] MPPA Ting.3 Kedah (MPSM) [Q] [A]
[02] Latihan Set 1 Perak [Q] [A]
[02] Latihan Set 2 Perak [Q] [A]
[02] Latihan Set 3 Perak [Q] [A]
[02] Percubaan MARA [Q] [A]

Bahasa Inggeris
[12] Percubaan Kedah [Q] [A]
[12] PPT Ting.3 Perak (Teluk Intan) [Q] [A]
[12] Latihan Set 1 Perak [Q] [A]
[12] Latihan Set 2 Perak [Q] [A]
[12] Latihan Set 3 Perak [Q] [A]

Bahasa Cina
[32] Percubaan Kedah [Q] [A]

Bahasa Tamil
[33] Percubaan Kedah [Q] [A]

Matematik
[50] Percubaan Kedah [Q] [A]
[50] Latihan Set 1 Perak [Q] [A]
[50] Latihan Set 2 Perak [Q] [A]

Sains
[55] Percubaan Kedah [Q] [A]
[55] Latihan Set 1 Perak [Q] [A]
[55] Latihan Set 2 Perak [Q] [A]

Kemahiran Hidup Bersepadu Teknikal

[76] Percubaan Kedah [Q] [A]

Kemahiran Hidup Bersepadu ERT

[77] Percubaan Kedah [Q] [A]


Download Steps:
1. Click on [Q] [A]
2. Click on SKIP ADS to proceed to download page.
3. Start to download.

pt3 sejarah ..bahan yang perlu dicari !!!!!

1. Tajuk rencana (contoh -  Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul contohnya  Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  ( cadangan )

·         Dasar pecah dan perintah British ( huraikan )
·         Sistem pendidikan zaman British ( huraikan )
·         Pendudukan Jepun ( huraikan )
·         Peristiwa 13 Mei  ( huraikan )
·         Isu agama dan budaya- trend terkini  ( huraikan )

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

·         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman ( huraikan )
·         memelihara kedaulatan Negara  ( huraikan )
·         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme  ( huraikan )
·         meningkatkan imej Negara di mata dunia  ( huraikan )
·         membangunkan ekonomi negara  ( huraikan )
·         mengekalkan kestabilan politik  ( huraikan )
·         membina masyarakat yang saling menghormati  ( huraikan )

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

·         Peristiwa 13 mei  ( huraikan )
·         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular ( huraikan )
·         Penubuhan parti politik ( huraikan )
·         Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan ( huraikan )
·         Dasar pebdidikan kebangsaan ( huraikan )

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

·         kewujudan pelbagai aliran sekolah  ( huraikan )
·         parti politik berasaskan kaum ( huraikan )
·         kesan dasar penjajahan british ( huraikan )
·         Sikap individulistik dalam masyarakat ( huraikan )
·         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif ( huraikan )
·         Campurtangan kuasa luar ( huraikan )

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia               ( cadangan )

·         Kempen kerajaan ( huraikan )
·         Program RIMUP ( huraikan )
·         Gotong royong ( huraikan )
·         Rumah terbuka ( huraikan )
·         Sambutan perayaan ( huraikan )
·         Program sukan ( huraikan )
·         Slogan I Malaysia ( huraikan )
·         Aktiviti kokurikulum ( huraikan )

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan  ( pengetahuan am )
·         Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin ( contoh rumusan sendiri )
·         Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........ ( sambung ayat dgn peristiwa yg menyatukan kaum  )
·         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ( contoh rumusan sendiri )

Iktibar ( senaraikan iktibar )
·         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )  ( ayat harapan anda )
·         Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan ( contoh ayat harapan )
·         Tidak terpengaruh dengan anasir luar ( contoh ayat harapan )
·         Menghargai jasa tokoh ( contoh ayat harapan ) 

              (sudah cari !! anda gabungkn dn ringkas kn menjadi rencana )

 (g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/  
           
         ( segala bahan yang dicari mestilah save kn sumber seperti alamat website !! )
         (kalau dari buku :  1.photostat muka depan buku bahan tersebut )
                                        2.photostat muka info yg ade nama penerbit/tarikh terbitan dn lain2 )
                                        3.photostat  muka bahan yg dekehendaki )