♥ 9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan



 


.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v 

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkansesebuah perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .

2. Harapan/Kebebasan

Ada psangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada jugak sebaliknya Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat . 

3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius . Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini , perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit hal yang lalu 

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas . Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan , jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .

5. Berbeza pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi . Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan  hal-hal inilah yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan . 

6. Status yang tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan . Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri . Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja . Yang si dia tu hebat sangat ke ? hm .

7. Hal-Hal yang menyakitkan hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati . Malah sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain . Jadi kalau inilah yang terjadi , hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama . Lebih teruk jika tidak ada "chemistry" antara kamu dan si dia . 

8. Kehidupan yang sangat mendesak

Ada sesetengah pasangan yang memang suka menyusahkan pasangannya . Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakitkan hati kekasihnya . Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalnya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .

9. Kawan-kawan dan keluarga

Tidak mustahil kawan-kawan dan keluarga juga membuatkan sesebuah perhubungan menjadi tidak stabil . Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan . Jangan salah sangka . Orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarga tidak menyukainya . Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan .


p/s : re-type back form "Majalah Remaja" ♥ huhu :)
*rajin tak saya ? XD

Sebenarnya Saya Isteri Dia Slot Zehra TV3 ,, best !!!!

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia merupakan sebuah drama yang di adaptasi daripada novel. Drama ini semakin mendapat sambutan daripada kalangan penonton yang di barisi oleh Izzue Islam seorang pelakon dan Penyanyi dari kumpulan forteen. Drama ini juga turut menampilkan Tiz Zaqyah sebagai heroin. 


Jumlah Episod: 13

Episod sekarang: 10

Kategori: Drama

Update: 14/6

Tonton
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Tips : Cara Mengatasi Pasangan Yang Sedang Marah





 


.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Dalam membina perhubungan yang sempurna bukanlah mudah. Ada naik turunnya. Bergaduh dan bermasam muka sudah jadi perkara normal bagi pasangan bercinta. Tetapi, apa perkara yang sepatutnya dilakukan jika pasanganmu sedang marah? Hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? Ambillah langkah-langkah sewajarnya bagi menjaga hubungan baik.


1. Beri ruang
Pabila pasanganmu sedang marah atau berdiam diri tanpa memberi sebab , perkara yang terbaik adalah dengan memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri . Jangan bertanyakan soalan bertubi-tubi ! Kerana ia akan menimbulkan lagi kemarahannya. Faham tu ??


2. Bertanyakan apa yang menganggu fikiran
Setelah segalanya reda , ambillah masa untuk bertanya kepada pasanganmu mengenai punca kemarahan . Komunikasi adalah penting ! Dengarlah segala luahannya tanpa membantah. Mendengar adalah kunci utama dalam berkomunikasi . Jadilah pendengar yang baik. Pasti si dia akan berasa lega setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati.


3. Api amarah jangan dibalas dengan api
Api dibalas dengan api sudah pasti membara jadinya ! Walau bagaimana marah sekali pun si dia , janganlah dibalas dengan perasaan marah . Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah sabar, sabar dan sabar !! Itulah perkara penting dalam membina perhubungan yang abadi. Percayalah, jika si dia melihat kamu bersabar dengan kerenahnya , pasti hatinya akan jadi lembut walaupun sedikit.


4. Layan dengan baik
Perasaan sejuk akan timbul sekiranya melayan pasanganmu dengan baik. Tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang terhadapnya. Pelbagai perkara 'non-verbal' boleh dilakukan untuk memujuk hati si dia . Antaranya, hiburkan hatinya dengan lawak jenaka atau sesuatu perkara romantis yang boleh mengembalikan senyumannya.


5. Mengaku kesalahan anda jika berbuat salah
Jika anda melakukan kesalahan , cepat-cepat mengaku kesalahan anda dan memint maaf sebelum pasangan anda naik angin gila .  Mengaku kesalahan adalah benda paling mulia dilakukan , jika si dia nak marah lagi , sekurang-kurangnya anda berlaku jujur dengan perhubungan anda.


6. Jangan Katakan “Aku benci Kamu” or "I hate You". 
Apa pun yang Anda rasakan saat bertengkar, jangan pernah sekali pun mengeluarkan ungkapan benci. Apalagi jika sebenarnya Anda tidak bermaksud seperti yang Anda katakan. Ungkapan seperti, “Aku benci kalau kamu bersikap seperti itu”, akan lebih enak didengar dibandingkan “Aku benci padamu”.


7. Jika keadaan semakin tegang, apa yg anda perlu buat adalah BERSERAH JE LA.. 
Mungkin memang hari tu adalah takdir anda untuk dimarahi seseorang. Bila anda berserah, jangan lupa baca ayat Al-Quran surah 4 kul, dan hembuskan ke muka pasangan anda. Nescaya dengan izin ALLAH, marahnya akan berkurangan sekejap sahaja.



p/s : Harap dengan 7 tips yang saya bagi kat atas ni sedikit sebanyak dapat membantu hubungan korang ye . HEHE . Chowww~

Lelaki Sejati ♥




 


Satu hari , ada seorang gadis sedang berbual-bual dengan ibunya dan bertanya bagaimana memilih lelaki sejati ?

Ibunya menjawab , naaakkkk .....


Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang ,
Tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekelilingnya , 
Tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja , 
Tetapi dari bagaimana dia dihormati di rumah ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan , 
Tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang , 
Tetapi dari hati yang ada dibalik tu ...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja , 
Tetapi komitmentnya terhadap wanita yang dicintainya ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca kitab suci , 
Tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca ...


"So , Janganlah sampai Salah Memilih Ya" . muehehe   ♥
  

Info : 5 Sebab Si Jejaka Tampan "Masih Single" . Opss !!

contoh lelaki kacak : )




.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


Ok . Seperti yang korang semua tahu , tak semua jejaka tampan @ kachak sudah berpunya . Ye tak? Masih ramai lagi yang single mingle . Mungkin korang jugak salah seorang darinya . Sekiranya jawapan korang "ya!", mesti ada yang tertanya-tanya kan , mengapa hingga hari ni , korang masih tidak bertemu dengan pasangan hidup korang tuh . Nak tahu , di mana silap korang ? Jom intai , terjah , skodeng , usha ,beleksemua sebab yang saya nak kemukakan ni :) 

1 . Terlalu Jual Mahal ! 
Kebiasaannya , jejaka kachak @ tampan ni kan , agak jual mahal walaupun adakalanya dalam hati suka ! Keegoannya tersaangat lah tinggi . Mungkin dia merasakan dirinya yang terlalu di-gilai ramai . Petik je 10 jari , sekompom-kompomnya 1,000 000 orang serbu . Kononnya nak pilih yang terbaik . Ecehh . Tapi , yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran :) hehehe~


2. Maintenance Tinggi 
Selalunya , lelaki kachak ini , maintenancenya tinggi ! Kalau boleh , nak je cecah bangunan Tokyo tu haa . Pakaian , Jam Tangan , Minyak Wangi , kalau boleh semuanya nakkan yang berjenama dan adakalanyamencecah berbillion ribu hengget .Takutlah perempuan untuk dekatinya . Ye tak ? Bimbang kopak duituntuk beli hadiah hari jadi . HAHA .


3. Pernah Dikecewakan !
Oh yeah , disebabkan mereka ini sudah serik bercinta kerana dikuciwaakan , mereka lebih bahagia hidup bersendirian . Walaupun beriban orang yang datang menagih cinta , namun , masih belum dapat mengubati lukanya . Baginya , dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya .


4. Mencari Pasangan Ideal 
Pipit Sama Pipit , Enggang sama Enggang . Masakan boleh terbang sama . Ye dakk ? Begitulah juga pepatah ,orang tampan pastinya mencari orang yang cantik juga . Namun harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan . Akurlah pada jodoh yang datang , ok ? :)


5. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
 Sibuk dengan kerjaya sehingga lupa akan CINTA !Orang tampan nih , mereka selalunya fikir yang mereka mudah untuk mendapatkan CINTA pada bila-bila masa sahaja . Oleh sebab itu lah , bagi mereka , cinta sentiasa menjadi nombor 2 dan kejaya tetap nombor 1 .ahakxx! Namun , mereka lupa usia tidak menunggu kita kerana terlalu komited dan lalai dengan kerja sehingga hari in , masih sendiri lagi :)


Apa pendapat korang pulak ? ^_^v


                                                                    

90 fakta tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu !

.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


Haa . Sebelum tu  , korang ada ingat tak ENTRI YANG INI ? Ada saya buatkan dulu . hihi . Tapi , itu perkara yang lelaki harus tahu . 

Untuk entri kali ni , 90 fakta tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu ! 90 ? Banyak gilerrr weh kan ? Haaa . Saja suka suki nak kongsikan . Lagipun fakta ni saya copy from someone's blog (!) Ahakk  . Baca laaaa ~   

                                      
1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)


A'ah . Banyak kan wehh ? Naik juling mata ni baca satu-satu ! Perghh . Ingat lah manusia mana sempurna nak semuanyaa BETUL je . Ishk . Kadang tu mesti ada juga orang yang lakukan kesalahan kan ?

Bagi kaum Adam , betul ke semua ni ? EH ! \\




30 Perkara Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu !

 
.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v
 
Okeyy . Perkara ni bukan saya saja suka-suka je nak kongsikan . HEHE . Sedang leka saya ber-blogwalking dalam satu blog tu . heh . Tiba-tiba terjumpa entry yang menarik and rasa macam nak kongsi saja kat korang . hekk . 



Entry mengenai :  30 Perkara Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu ! 


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


So , you guys ! Dah tahuu ? hekhekk . Hebat kan ? lalala ~