tips-tips untuk mencapai 5A dalam UPSR...
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk
belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan
mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini
kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang
akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna korang semua telah membuat persiapan
yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat
banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain
mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, korang semua jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji,
terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan
seiras. Langkah itu akan membiasakan korang semua dengan soalan
standard, di samping membolehkan ingatan korang semua kekal dan
berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau
kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan
sekali-kali belajar subjek yang korang semua sukai saja, sebaliknya
merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam
menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh korang semua digunakan untuk
mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada korang semua, asalkan ia
dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu
ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara
berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, korang semua seharusnya mengambil peluang
memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan
membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu
korang semua mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat
untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan
minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya korang semua sentiasa selesa dan dapat
memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun
sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat
perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang korang semua
minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran.
Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding
peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang
keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam
masa beberapa hari ini juga, korang semua seharusnya makan makanan yang
berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda korang juga.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, korang semua perlu
pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya
peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika
tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan
lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu
perlu supaya korang akan berasa segar dan dapat menghadapi kertas
peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan
peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan korang semua kene lah
bersarapan terlebih dulu. Jika korang bangun lewat, bukan saja tidak
sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya
membuatkan korang akan panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap
peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, korang semua hendaklah dalam
keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa.
Untuk menenangkan diri jika menggelabah, korang tariklah nafas
panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung korang mendapat bekalan
oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi
kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang korang fikir
mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar
itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang
ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan
jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam
kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya
tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif
mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada
pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan
sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan
terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan
masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau
khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan korang tau.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas
peperiksaan, korang tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau
sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika
didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, korang mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu
ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas
soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu,
korang seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang
boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu,
berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan
terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan.
Dalam hal peperiksaan, korang tidak seharusnya kurang yakin dengan
kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi.
Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu
adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah
mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai
panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap
dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan
membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
#oke korang yg nk perikse thn dpn....akak nk ckp buat lah dgn bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan...