CUTI SEKOLAH !!!!

 
 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua terutama pembaca blog nii (kalau ade)....hope korang dalam keadaan yang baik dan sihat . untuk post kali ini , Pada jumaat 15.11.2013 merupakan hari akhir persekolahan ... apabila jam menunjuk kan 12.30 tengahari maka tamat lah sesi persekolahan untuk tahun 2013 niii. Soo , cuti sekolah bermula 15.11.2013 masa 12.31 tengah hari hingga 5.1.2014....okey , soo saya nak tanya ni kepada korang2 yang tengah baca nii ,, dah buat perancangan sekeluarga nak bercuti kemana2 , buat ape2 kee  .. sooo kalau belum ,boleh laa planing dulu atau pon korang boleh join program cuti sekolah macam ampac yang sekarang ni menyediakan pendaftaran untuk program cuti sekolah ... kalau tak , boleh pergi kat seminar seperti seminar untuk persediaan pbsmr 2014 ,spm 2014 ... pastu korang leh gi bercuti .. sooo cukup lah untuk kali ini ... selamat bercuti ikhlas daripada admin homesweetblogg.blogspot.com ... (^_^)
 
  
 
 
 

Tips for Effective Study

 
 
 

Time Management
Students are advised to manage their time wisely by scheduling their daily activities . The longest time a person can concentrate in their studies without taking a break is 45 minutes, students is advised to take a break every 45 minutes to relax their mind. This helps students to focus more when they continue on the chapter they stop previously. Managing time in a day is not a hard task to accomplish; all you have to do is know what you need to do for the day and separate time for every activity. Train yourself to rush since time is not going to chase you, you are supposed to chase the time for success.
Don’t Miss Classes
Students are kindly advised not to miss their classes. This comes in handy especially nearing the exam month; every class held will be important because the exam questions will be based on the materials given or the exercises done in class. Neglecting time is not going to bring you anywhere. There’s plenty of time to have fun after the exams . You should avoid truancy if your aim is to succeed with excellence. Always do keep in touch with teachers and ask them doubts if you do not understand a specific topic.
Preparing Short Notes
Students are advised to prepare short notes or mind maps to get a clear picture on a specific topic. Short notes help you memorize important points. Carry along your short notes or mind maps no matter where you go, whenever you have a few minutes break or relaxing time, just go through the notes to recall the topics you went through.
Set a Goal
Set a goal and push yourself to achieve it. I have heard many saying that they are just going with the flow . Going with the flow is like running with no direction or purpose . Have a goal and it will bring you somewhere in life. Write down a one-line goal, and always refer to it whenever you need motivation.
Concentration
Students are advised to give 100% concentration during their lessons. Concentrating in class when teachers are teaching will help you understand the topics better. Take notes on chapters, which you feel that is important. Keep yourself away from distraction during lessons.
Best time to study
If you are a morning person, studying early in the morning works but if you are an afternoon or an evening person then that particular time works for you. It all depends on us . Students are advised to study calculations during evening and theory based subjects such as biology or science early in the morning. This is because; the morning environment helps our mind to understand better and increases our memorizing power.
Revision or Group Study
It is good to have a couple of friends to share ideas and thoughts on difficult questions and topics. Group studies usually helps if you find it difficult to study alone as there will not be anyone to communicate with, if you do not understand a specific chapter. Gather some friends who are in the same form and start studying today.
Preparation towards Examination
Firstly , to all those who are in a relationship at this young age , you guys are kindly advised to take things lightly at the moment . That helps you to concentrate more on your studies and your future. Secondly, food matters the most, breakfast is a very important part in our daily life, missing it may causes tiredness the whole day. Raisin (kismis) helps us to increase memory power. Drink a lot of water to stay hydrated . Get yourself enough sleep. 6-8 hours sleep helps us concentrate well in our studies the following day.

Tips Mendapat 5A UPSR (part 2)

 
 
 


Hye ,, untuk post kalini ,saya nak kongsi kan tentang tip mendapat 5A dalam UPSR yang bakal ditempuhhi oleh adik-adik tahun 6 .... Tip ni kususnya untuk adik-adik diluar sana yang nak menghadapi peperiksaan UPSR ... 
  • Kalau nak dapat 5A kena ada ramai kawan,tp bukan kawan yang tak elok supaya kita dapat menambahkan pengetahuan....
  • Kalau boleh,cari kawan yang lebih pandai dari kita... 
  • Kena selalu bincang dengan rakan tentang pelajaran agar dapat tambahkan pengetahuan...      
  • Belajar selalu,biarlah tidur lewat pun
  • Tumpu akan pelajaran
  • Badan kena sentaisa sihat,kerana badan sihat otak cerdas,senang nak belajar
  •    Selalu berdoa agar dapat 5A UPSR tau....
  •    Jangan derhaka kepada ibu bapa kerana itu juga dapat menjejaskan 5A adik-adik semua k....
  •    Selalu baca al-quran
  •    Selalu baca doa sebelum ujian adik-adik tau..

    INGAT!!!! 


     :)    Jangan selalu 'online' facebook,friendster,twitter dan myspace selalu...Sebab,takut tak boleh fokus untuk     
            UPSR...


      :)    Banyakkan memilih rakan yang pintar dari kurang pintar,kerana ia juga dapat membantu anda untuk 
            mendapat 5A UPSR...


      :)    Banyakkan ulangkaji... 

    INGAT!!!BACA TIPS SAYA YANG LEPAS JIKA BELUM DIBACA UNTUK 
      MENDAPAT 5A UPSR!!!!!!!   :)  Good luck!!!!!!

    Hope agar adik-adik yang nak menghadapi upsr selalu dalam keadaan bersedia dan bertawakal dan SELAMAT MENGHADAPI UPSR dari homesweetblogg.blogspot.com

                                                                                                                                            

Tips untuk mencapai 5A dalam UPSR. (part 1)

   

 

tips-tips untuk mencapai 5A dalam UPSR...

Assalamualikum...tahniah kepade yg dpt 5A dlm UPSR yg x dpt tu teruskan usaha oke....Oke ari nie saya nak kongsi sikit tips-tips untuk mencapai 5A dlm UPSR...oke tips-tips ialah...
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna korang semua telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, korang semua jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan korang semua dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan korang semua kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang korang semua sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh korang semua digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada korang semua, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, korang semua seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu korang semua mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya korang semua sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang korang semua minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, korang semua seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda korang juga.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, korang semua perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya korang akan berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan korang semua kene lah bersarapan terlebih dulu. Jika korang bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan korang akan panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, korang semua hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, korang  tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung korang mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang korang fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan korang tau.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, korang tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, korang mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, korang seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, korang tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
#oke korang yg nk perikse thn dpn....akak nk ckp buat lah dgn bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan...

Duit Raya

 

 
 
 
 Assalamualaikum !
Peacee ^_^v 

okey , untuk post kali ini ,, saya nak mintak tolong kepada semua orang yang baik hati nak memberi duit raya dekat saya nii , sbb , semakin membesar semakin kurang duit raya ... ummm , tahun nii duit raya saya dah berkurangan tak macam tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya .... kalau jumlah duit raya tahun lepas sebanyak rm200 tapi tahun nii baru dapat rm100 jee... soo saya perlu upgrade sikit jumlah tahun nii ... dah la sikit, badan pon semakin membesar ... nampak nya tahun depan saya dah tak dapat duit raya laaa .. aduh prob niii... satu lagi , siapa yang ade buat rumah terbuka  tu sila-silalah jemput saya nii ,,... okey tu jee untuk post kali nii (just nak tambah post jee) kbye.....

cara tukar video setting in skype

  
 
 
 
 

untuk post kali ni , saya nak share dengan kawan-kawan semua berkenaan  dengan cara untuk mengubah video setting dalam skype (siapa yang gune jeee...) ... 


Jika gambar atau imej video dari webcam anda adalah tidak jelas semasa menggunakan dengan Skype, anda mungkin mahu menyesuaikan tetapan kualiti video secara langsung dari Skype. 

1.bukak Skype 
 
   
 
  Klik Tools pada toolbar atas dan pilih Pilihan ...
  
 
 
 
Click General dekat options macam nii... pastu  tekan video setting pastu tekan webcam setting

 


     Di sini, anda boleh menukar kawalan kualiti video seperti kecerahan dan kontras. soo setting sehinga anda puas hati okey... 


 






Hope dapat membantu anda okey bye



Pantun Hari Raya

 
 
 
 
Hari nii saya nak tulis pantun yang direka khas untuk korang semua 
 
Bismillahirrahmanirrahim

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMALSOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN
 
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Koleksi lagu raya mp3

   
  
Assalamualaikum !
Peacee ^_^v  

saya nak tanya siapa yang dah ada koleksi lagu raya ??? .... yang dah ada tu taniah yang tiada lagu raya tuu takpe jangan sedih sbb post kali nii berkaitan dengan koleksi lagu raya soo hari nii ,, siapa yang tiada koleksi lagu raya bolehlaa memuat turun / download dari link yang nak saya kongsikan nii .. dalam satu file nii ade 27 lagu raya popular seperti dibawah dan size / berat file nii hanya 80.3 mb dan format lagu nii ialah mp3 ... soo boleh la korag semua dengar dalam kereta , mp3 player , handphone , tablet , pc , laptop ... dan lagu nii boleh membuatkan hati korang semua rasa macam tak sabar-sabar nak raya .. 

lagu-lagu yang ada dalam file 80.3 mb 

1.sudirman - balik kampung
2.aisyah - pulanglah
3.AMAN SHAH - Kepulangan Yang Dinanti 
4.Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya 
5.AZLINA AZIZ - Indahnya Beraya Di Desa
6.black dog bone -  cahaya aidil fitri
7.FAZIDAH JONED - Selamat Hari Raya
8.FAZIDAH JONED - Selamat Hari Raya
9.JUNAINAH M. AMIN - Suasana Riang Di Hari Raya
10.KRISYA - Satu Hari Di Hari Raya
11.lagu hari raya - othman hamzah
12.Lagu Raya - Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
13.lagu_raya_-_medley_lagu_raya
14.Lagu_Raya_-_Sharifah_Aini_-_Hai_Selamat_Hari_Raya
15.M_Nasir_-_Satu_Hari_di_Hari_Raya
16.Mamat_-_Ku_Pohon_Restu_Ayah_Bonda
17. Mamat_-_Ku_Pohon_Restu_Ayah_Bonda
18.ost_diari_ramadhan_rafique
19.P Ramlee - Dendang Perantau 
20.RAFEAH BUANG - Bila Takbir Bergema 
21.RAHIMAH RAHIM - Selamat Berhari Raya
22.RAMLAH RAM - Hari Raya Hari Bahagia
23.Raya-Black Dog Bone - Cahaya Di Aidilfitri
24.SANISAH HURI - Aidilfitri
25.SHARIFAH AINI - Suasana Hari Raya
26.Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal
27.SITI NURHALIZA - Sesuci Lebaran  

Yang dekat atas nii lagu-lagu yang ada dalam file yang bakal korang muat turun / download .
sekarang link nak download
 dan 

link diatas semuanya hidup dan boleh terus muat turun /download
 nii file punya password : aznaztech 




                       Semoga hari raya korang semua lebih meriah dengan lagu-lagu raya !!!






Ramadhan Al Mubarak

  

   
Assalamualaikum !
Peacee ^_^v 

 Emm, bila dah dengar Pengumuman Puasa 2013 kat atas nii ,,, rasa tak sabar2 pulak nak puasa sbb nak dapat banyak pahala sbb bulan puasa adalah bulan yang istimawa kerana Allah SWT mengampunkan dosa hambanya yang memohon padanya ..Soo, kenela berusaha mendapat pengampunan Allah SWT ... cth puasa penuh , pergi solat tarawih , membaca Al-Quran , dan banyak lagi .. Yang bagi org yang dah bekerja... tunaikan la zakat , banyakkan bersedekah . And for everyone ,,
 
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SUKAN SEKOLAH SAYA !!!




.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


semalam , sekolah admin iaitu Smk Alam Damai telah mengadakan sukan majlis sukan tahunan padang dan balapan 2013 di Stadium Mini Pemaisuri.. Tapi sayang ,, admin tidak mengambil bahagian dalam acar lumba lari .... emm kawat pun admin tak masuk (:^ ~ ^:) ... rugi laaa,, sbb ramai  dapat pinggat ,, tapi admin dapat kulit hitam sbb berjemur bawah cahaya matahari jeee.... yang lagi tidak bernasip baik adalah rumah sukan yang admin sertai iaitu PURNAMA telah mendapat nombor dua ,,, admin berjanji akan menaikan nama purnama keatas semula dengan menyertai semua acara dan berusaha mendapatkan emas ,,, soo tu jee untuk minggu nii ,.. untuk maklumat penggunjung blog nii ( kalau ade ) , sekarang nii admin sibuk dengan tugasan PBS ( Pentafsiran Berasaskan Sekolah ) yang berlambak ... soo admin akan update post seminggu sekali jee... ok bye ....

♥ 9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan



 


.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v 

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkansesebuah perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .

2. Harapan/Kebebasan

Ada psangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada jugak sebaliknya Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat . 

3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius . Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini , perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit hal yang lalu 

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas . Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan , jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .

5. Berbeza pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi . Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan  hal-hal inilah yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan . 

6. Status yang tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan . Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri . Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja . Yang si dia tu hebat sangat ke ? hm .

7. Hal-Hal yang menyakitkan hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati . Malah sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain . Jadi kalau inilah yang terjadi , hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama . Lebih teruk jika tidak ada "chemistry" antara kamu dan si dia . 

8. Kehidupan yang sangat mendesak

Ada sesetengah pasangan yang memang suka menyusahkan pasangannya . Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakitkan hati kekasihnya . Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalnya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .

9. Kawan-kawan dan keluarga

Tidak mustahil kawan-kawan dan keluarga juga membuatkan sesebuah perhubungan menjadi tidak stabil . Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan . Jangan salah sangka . Orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarga tidak menyukainya . Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan .


p/s : re-type back form "Majalah Remaja" ♥ huhu :)
*rajin tak saya ? XD

Sebenarnya Saya Isteri Dia Slot Zehra TV3 ,, best !!!!

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia merupakan sebuah drama yang di adaptasi daripada novel. Drama ini semakin mendapat sambutan daripada kalangan penonton yang di barisi oleh Izzue Islam seorang pelakon dan Penyanyi dari kumpulan forteen. Drama ini juga turut menampilkan Tiz Zaqyah sebagai heroin. 


Jumlah Episod: 13

Episod sekarang: 10

Kategori: Drama

Update: 14/6

Tonton
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13